Search This Blog

Showing posts with label pengalaman pertama kali. Show all posts
Showing posts with label pengalaman pertama kali. Show all posts

Wednesday, February 06, 2013

Pengalaman kali pertama isi minyak


Assalamualaikum.

Aku sekarang nih kena belajar makan kari (berdikari) hari-hari. Directly, aku memang tak tahu paper pasal motorsikal nih, bawak aku geti la. Dulu kat kampong pun, pekerja situ yang tolong isi minyak. Menyesal pulak aku tak jadi kaki nyebok dan belajar selok belok mengenai motorsikal nih. Inilah padahnya. Ilmu depan mata, pergi pandang dinasour dekat seberang jalan buat apa!!! (kiasan). Sob, sob, sob… minyak motor pulak dah bar merah. Tak boleh jadik nih, motorsikal (abang aku punya) nak guna gi kerja esoknya. Tekad, tekad!

Maka dengan keazaman yang tinggi, bermulalah SEJARAH aku dan stesen minyak. Oh my, stesen minyak terdekat pun aku tak tahu! Ok, relax-tarik nafas-hembus-tarik nafas-hembus… relax…

Pada 16 Febuari lalu, seawal Subuh dah mencarik stesen minyak. Sebelum keluar tadi, sempat aku tanya pengawal kat situ. Siap dia ingat aku sesat kea per. Paling tak boleh blah… abang boleh tunjuk, esoklah abang cuti-kita gi sesame ae. Choooiii, aku nak isi minyak sekarang la. Pening gak dia bagi panduan tuh, kena tempuh tiga lampu isyarat? Belok kanan…kiri…kanan…kiri… aku pun YEA kan jek la. Kalau sesat confirm aku tanya balai polis/ bomba terdekat. Apa susah!

Aku suka keluar awal, tak banyak kenderaan. Aman dunia (pertama kali tunggang motorsikal kat Kuala Lumpur), geee…geee…geee… Banyak kali gak aku terlajak, aku toleh kiri-kanan-kiri, tak de kenderaan. Aku undur sikit… belok. Hahhaha… bahaya, bahaya!! Jangan ikut gaya aku tahu.

Dengan izin-Nya, sampai gak aku kat stesen minyak Shell, aku rasa macam nak peluk cium jek tiang seri kat situ. Gembira gila! Ok, sekarang masalah lain- aku tak tahu nak isi minyak macam mana nih. Pekerja Shell yang membantu isikan minyak pulak tak nampak bayang batang hidung langsung. Berdengkur lagi agaknya diorang time gini. Macam mana nih?

Tetiba aku nampak lelaki awal 30-an gitu nak naik motor dan ber-pergian. Dengan muka lapan-puluh-lapan lapis, cepat-cepat aku lambai kat dia. Dia pun pelik (siap toleh semak kat belakang dia lagi), mesti dia ingat aku nak ngorat dia la tu… aku letak motor kat parking and gi mendapatkan lelaki itu.

“Emm.. tumpang tanya, boleh tolong ajar isikan minyak motor tak?” sambil tunjuk motor abang aku yang tak beraper nak lawa tuh.
“Hah!” muka dia memang terkejut gila. Gila apa minah nih (aku rasa mesti dia cakap macam tuh).
“Nak cepat ker? Boleh tolong ae…” aku wat muka lima sen gila-gila.
“Pertama kali ker?”
“Haah, tolong la ae…” rayu aku lagi, please say yes… kau sajalah harapan Negara.
“Ok la.”
“Terima kasih, terima kasih…” yes! Aku bagi senyuman manis gula la kat lelaki itu.

So, aku bayar kat kaunter…RM5.00 , coz aku cakap minyak aku dah bar merah-lelaki tu cakap bayar lima henggit. Lepas bayar… Lelaki itu pun ajar bukak penutup, dan pam la minyak tu masuk. Aku pun terangguk-angguk masa dia ajar. Pastu, aku pun ucap la terima kasih banyak-banyak.  Lelaki itu pun gi kat motor dia dan menunggang pergi. Hanya Allah dapat membalas budi baik tuan hamba-haish, apa aku merepek nih.

Lepas siap, aku nampak la minyak macam ada limpahan kat tepi-tepi tu. Aku dah cuak, macam mana tetiba masa aku tengah bawak-terbakar! Aku toleh kiri dan ternampak la tisu, aku lap sikit bagi clean and clear.. dan wallah! I’am done. Aku tersenyum jek sepanjang jalan balik. Hahah… betul kata orang, jangan malu bertanya-kalau tak nak sesat jalan. Aku setuju! Aku tak kesah nak bertanya, tapi kena tengok orangnya jugak. KL, salah tanya-korang yang jadik mangsa. Dijauhkanlah…

Maka-itulah pengalaman pertama kali aku isi minyak motorsikal… Hailoo…  Jangan tanya aku pasal minyak pelincir, angin dalam tayar, tukar tayar motor… nil. Aku sepatutnya membuat tempahan lawatan ke kedai motorsikal berdekatan, kan. Motor, motor… kenapa la kau nih bukan basikal. Tak pening kepala aku. 

Wednesday, January 16, 2013

Pertama kali.


Assalamualikum.

Bila aku dapat jek tempat kat kawasan KL, benda first aku carik adalah ‘PETA’… bukan peta harta karun tapi peta public transport yang panjang-panjang tu. KTM/ LRT/ MONOREL… Yes, this is what I mean. Pergi kedai fast food terdekat, Mc Donald bersama Mak dan Ayah (repair keta dulu)… guna Wifi kat situ dan upload gambar ini:


Memang tersangat membantu. Biasa la majlis formal mesti start hari Isnin, so hari Sabtu pagi aku dah gerak ke Kuala Lumpur. Trimas kat Ayah yang topup kan Touch and Go-Rm 100.00 dan belanja tiket bus ++ Top up kredit card aku sekali... You’re the best dad ever-lah. Sambil makan roti coklat Gardenia, dan menikmati pemandangan yang mampu membuatkan aku terus ZZZZZzzzz selama empat jam setengah…

FYI, aku ni jenis malas nak susahkan orang… lagi-lagi kalau orang tu malas nak tolong aku. Walaupun ada rasa nak nagis gak la sekejap… tapi keraskan hati. Aku cakap kat diri sendiri,’nanti lama-lama aku pun kena berdikari sendiri. So why not aku mulakan daripada sekarang’. Janji ada duit untuk bayar tambang Taxi balik Johor (gila punya idea) if terdesak dan handphone kat tangan untuk contact Abang aku or police. Go-go-go-you can do it, girl!.

Ahad petang yang damai… start-lah Operasi Roda-roda Kuala Lumpur. Daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku beli tiket (kakak ipar aku ajo beli pakai machine) dan turun KL Central… change train (ni paling aku tak suka) dan bila da sampai, tanya taxi untuk ke destinasi. Tanya gitu-gitu jek (tak naik pun). Balik semula-try swap kad Touch and Go for the first time ever. Jakun gitu! Aku rasalah kan setiap 10 minute aku mesti tengok peta tu kat Phone. Takut terbabas train punya pasal. Mesti diorang ingat aku gila, tapi aku peduli apa… janji aku pergi dan balik dengan selamat. So whatever.


Nasihat daripada pakar--- pada sesiapa yang nak turun KL: Don’t be so takut… map/ peta ini sangat membantu. Kalau korang ada sifat was-was yang terlampau. Pihak keselamatan/ pengurusan situ sedia berkhidmat. Jangan risau OK! Kalau salah naik train pun, korang boleh turun… dan patah balik naik train yang betul. 

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...