Search This Blog

Showing posts with label kisah dalam bus. Show all posts
Showing posts with label kisah dalam bus. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Bus: Mak cik dan pak cik yang tidak sihat


Assalamualaikum.

Masa balik daripada cuti Deepavali hari itu (13 November) aku berkesempatan melawat jiran (mak cik selang empat buah rumah) yang berada di hospital- serangan stroke. Alhamdulillah, dia sudah beransur baik sikit. Tapi tekanan darahnya masih di paras bahaya-175/113mmHg. Doakan, dia akan cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaanNya.

Selepas melawat dan dalam pukul 4.00 petang, aku pun naik la bus ke Bandaraya Johor Bahru. Esoknya kena kerja lah kan… Awalnya, semuanya berjalan seperti biasa-menikmati hari selasa yang permai. Kemuncaknya bila ada sorang pak cik ni duduk sebelah aku. Sedikit tidak keselesaan- biasalah, nama pun naik bus. So, bila destinasi aku dah sampai. Aku pun tekan la bell dan tepuk bahu pak cik tu tiga kali (sebab pak cik tu tunduk saja sambil kepala dan tangan memangku menghala ke kerusi hadapan).

Aku: Pak cik, tumpang lalu. Kejap lagi saya nak turun, dah sampai.
Pak cik: …

Lepas aku berdiri jek, pak cik tu mintak tong sampah kat tepi pintu belakang (tadi-aku duduk tepi tingkap sebaris dengan pintu belakang). So, ada la a boy ni (may be between 19, 20-an) baik hati-hulurkanlah. Pak cik tu muntah sikit. Aku pun ke depan la-bagi ruang keselesaan. Dengan izin Allah, baru dua tapak- tersembur pak cik tu muntah kali kedua.

‘Ya Allah’, dapat aku tangkap kalimat daripada pak cik itu. Hurmm... Sempat gak aku sekilas pandang kat pak cik-habis baju kemeja corak batik kaler biru dia kena muntah dan budak lelaki terkejut dengan setengah gaya menghulur balik tong sampah. 

Alhamdulillah, tak kena aku dan sempat keluar daripada tempat duduk tadi. Chinese lady yang dok depan pak cik tu terkena la jugak. So, dia masih tak sedar-dengan baik hati aku pun bagitau la rambut  dan baju di belakangnya ada sikit kesan muntah. Masam terus muka amoi tuh. Tepat bus tu berhenti ke destinasi-aku pun tak tau nak buat apa. Untuk tidak memanjangkan cerita,  aku terus keluar daripada perut bus.

Dalam perjalanan balik sebelum mengambil teksi-aku terfikir:
Macam mana la pak cik tu nanti?
Amoi tadi akan marah dia ker?
Pemandu bus tak ader buat apa apa ker?
Budak lelaki tadi akan tolong dia ke?
Ada sesiapa akan tolong dia ke?

Kesian pak cik itu. Moga Allah akan sentiasa merahmatinya dan seseorang akan bantu dia. Amin.

Friday, July 13, 2012

Gila patung beruang? Inilah: Teddy Bear’s bus!


Assalamualaikum.
Hey ladies (ala nyanyian penyanyi seberang, si cantik Rosa). Please take a note what I want to say after this, it’s truly real and don’t scream like Pontianak harum sundal malam beside my ears.

“Teddy bears yang comel-comeh semuanya telah memiliki busnya yang tersendiri!”


Wohoo… believed it or not, aku sendiri dah merasainya. Please, jangan tunjuk muka jeles cap seposen korang tu yer. Actually, even aku ni bukanlah kipas-susah-mati sama cik Teddy Bear, but aku look so jakun kot bila naik bus ni. Dan speechless!! Like in a fairytale world when first step you inside the bus (don’t forget to bayar tambang ok). So excited dan rasa nak tampar-tampar, picit-picit jek teddy bear yang tergantung-gantung tuh. Geramnyer, apsal la korang ni semuanya comeh sangat. Muka semua ciut miut. Huhuhu…

Kat board depan pemandu tuh, penuh dengan cik teddy bears bersama kawan-kawannya. Nasib baik yang bawak bus tu adalah manusia. Kalau bear camner? Tempat nak masuk duit (bayar tambang) pun siap der monyet yang wat iklan colgate. Peh, super comel. Tapi, jangan pengsan dulu yer kerana korang sepatut lakukannya bila dah masuk ke ruangan dalaman. Dengan bear yang tergantung-gantung dan muka comeh belaka. Huhuh, rasa nak tidur situ jek. Satu lagi, kalau korang perasan bahawa bahagian belakang bus tu bearnya tak banyak sangat. Aku rasa mesti ada yang hasad dengki bawak balik and hadiahkan kat girlpren. Tak sesuai, tak sesuai!

One question: Camner la diorang dapat semua bear ni kan. Mesti teddy bear anak-anak pak cik bus , pengguna tetap public transport yang menyumbang la ni kan. One suggestion, apa kata diorang buat pulak bus untuk mainan budak lelaki. Batman, x-men, spiderman… kerana sudah tiba masanya Malaysia menaik tarafkan penggunaan public transportnyer, ye dak. Hehhe…


Dan semuanya ini hanya boleh korang rasai dan lihat ianya di sekitar bandaraya Johor Bahru. So, selain ianya menarik perhatian para wanita di luar sana, tapi juga menggalakkan korang menggunakan public transport! Kurang pencemaran udara, jimat tenaga dan murah. No sweat, nasihat percuma.

So, selamat-selamat para peminat teddy bears!
·         Some of them may be a ‘lil rimas atau tarak suka sama ini bears…

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...