Search This Blog

Showing posts with label Sime Darby Convention Centre. Show all posts
Showing posts with label Sime Darby Convention Centre. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Rumah terbuka-tak payah control ayu

Assalamualaikum,

Semalam aku pergi rumah terbuka kat Sime Darby Convention Centre.
Rumah terbuka ni… aku ibaratkan benda alah ini sebagai syurga makanan.
Memandangkan aku jenis suka makan free. So, wajib datang. Kitaorang amik session yang kedua. Iaitu daripada kol 9.30 pagi sampai 11.30 pagi. 
Rombongan ‘zombie’ kelaparan seramai sebelas orang mula menciptakan aksi. 1,2,3,
and action!

kakak aku komplen pasal... aku pakai selipar. Alahai.
Bab tak ada tempat duduk memang boleh spoil-kan sikit mood hari itu.
For sure, jangan perasan anda itu big bos untuk dapat reserve satu meja bulat untuk kami semua. Berpecah, jawapan terbaik.
Masa aku and Kak Rose tengah sedap-sedap makan. Kawan aku yang lain datang dan tumpang tiga pinggan udang goreng berempah kat kitaorang. *Diorang still mencari tempat duduk. Aku peduli apa… duduk jek mana-mana.
Nak malu apa. Diorang pandang lain macam, kau pandang balik dua tiga macam. Jeng-jeng-jeng… disebabkan prinsip itulah aku and kak Rose kenyang la gak pas santap enam tujuh pinggan.
Enam tujuh pinggan?
Hahhaha… jangan tak percaya.

Aku dan kak Rose. Emmm... kita nak makan mana lagi ni?
Masih tak percaya? *Tip cemerlangnya adalah aku makan dalam kuantiti yang sikit. Sebab itu aku setuju 100% kenapa semua pinggan dia kecik-kecik. So, walau sesedap manapun lamb chop dengan BBQ sauce… makan dua tiga suap jer OK.

Time tu aku dan kak Rose makan kat luar, semua rakan ‘zombie’ lain makan kat dalam dewan.
Rasa terpinggir, aku dan Kak Rose menyepit-nyempit dekat yang lain untuk memeriahkan suasana. Rugi la kan… semua ini memori.
Dua tiga orang yang sama satu meja denga diorang pandang kami tak berkelip.
Mesti dia cakap, biar betul budak ini.
Ada aku kisah? Ahaks, bila makanan depan mata… kita kenalah menjamunya.
Aku sambung makan lagi… sempat sumbat lemang sekeping, pulut durian, ice-cream dan dessert-dessert lain.

Time ni aku tengah makan lemang dalam mulut. Cover-cover...
Satu benda aku nak cakap adalah… tak payah nak control ayu sangat.
Kau datang rumah terbuka dah shows yang korang ni suka makan percuma. So, jangan rugikan diri sendiri.
Try makan semuanya dan buat macam majlis tu mak bapak korang yang punya. *seb bek aku tak memulakan aksi yang terlampau… tarik kerusi untuk makan di meja buffet tu gak.
Choi!

Kita nak gi rumah terbuka mana lagi ni?
Terasa diri ini comel. Huahuahua...
Pastu kakak aku massage,
‘Kau gi sana tak ada main mata ker? Ada dapat yang berkenan tak?’
Jawapan aku, ‘Aku mana sempat nak pandang mata orang, bek aku pandang makanan.
Dak aih, aku sempoi jek ratah sepuluh sebelas pinggan tanpa perasaan. Orang semua yang nak ngurat pun pandang dua tiga kali.’
Kahkahkah…

Sebelum balik, rembat ice-cream cawan.

p/s: lepas balik, mungkin anda akan rasa perut mula rasa pelik. Jangan salahkan aku!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...