Search This Blog

Tuesday, May 08, 2012

The Summer Bird Cage: Apa yang kau takutkan?

Baiklah, macam mana perjalanan hari minggu korang? Dok rumah tengok TV aja (cam aku la) atau korang gi mengukur jalan raya kat Malaysia ni. Maklumlah, rakyat yang prihatin untuk melancong dalam negeri dan mengetahui ada tak mana-mana jalan baru yang dibina. Selain jalan-jalan, aktiviti yang tak boleh ‘missed’ adalah bab makan-makan. Memang syiok!

Baru-baru ni, aku der baca satu artikel ni (yelah membacakan amalan mulia): ianya mengenai perkara-perkara ketakutan bagi seorang lelaki dan perempuan. Herm…sangat mengujakan dan menarik untuk dikongsi bersama. Bagaimana pulak dengan korang, apa yang paling korang takut sekali?

Tak cukup gagah macam The Rock, tak cukup ‘handsome’ macam Zac Efron , tak cukup gelap macam Will Smith, tak cukup kaya macam Donald Trump, tak cukup kurus macam Ziana Zain, tak cukup manis macam Preity Zinta, atau tak cukup tinggi macam Amber Chia.

Lelaki:
        I.            Berambut botak
      II.            Mati pucuk
    III.            Perut buncit
    IV.            Kehilangan orang tersayang
      V.            Lamaran ditolak
    VI.            Tiada kerja
  VII.            Gaji lebih kecil daripada pasangan
VIII.            Dipersendakan wanita
    IX.            Bakat diperkecil-kecilkan
      X.            Disamakan dengan lelaki lain
    XI.            Dimalukan di khayalak ramai

Perempuan:
        I.            Kulit muka berkedut
      II.            Lambat berkahwin
    III.            Kelihatan lebih tua
    IV.            Diceraikan
      V.            Jerawat
    VI.            Menjadi lebih gemuk
  VII.            Dimadukan
VIII.            Menopous
    IX.            Tidak mampu lahirkan zuriat
      X.            Tiada teman lelaki

Paper pun yang korang tak cukup dan paling ditakuti, semuanya bergantung bagaimana tahap kesyukuran korang dengan takdir-Nya. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan yang mungkin kelak akan membinasakan diri sendirik.

Tak yah dak eh mek segala Botox semua tu. One more rakyat malaysia suka gak mek suntikan vitamin C. (suka hati korang la). Daripada korang suntik sana sini bek makan buah orange sebijik. Original++no pain.

*be yourself!

No comments:

Post a Comment

-please share your thoughts here, dude

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...