Search This Blog

Showing posts with label pertama kali aku. Show all posts
Showing posts with label pertama kali aku. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Pertama kali.


Assalamualikum.

Bila aku dapat jek tempat kat kawasan KL, benda first aku carik adalah ‘PETA’… bukan peta harta karun tapi peta public transport yang panjang-panjang tu. KTM/ LRT/ MONOREL… Yes, this is what I mean. Pergi kedai fast food terdekat, Mc Donald bersama Mak dan Ayah (repair keta dulu)… guna Wifi kat situ dan upload gambar ini:


Memang tersangat membantu. Biasa la majlis formal mesti start hari Isnin, so hari Sabtu pagi aku dah gerak ke Kuala Lumpur. Trimas kat Ayah yang topup kan Touch and Go-Rm 100.00 dan belanja tiket bus ++ Top up kredit card aku sekali... You’re the best dad ever-lah. Sambil makan roti coklat Gardenia, dan menikmati pemandangan yang mampu membuatkan aku terus ZZZZZzzzz selama empat jam setengah…

FYI, aku ni jenis malas nak susahkan orang… lagi-lagi kalau orang tu malas nak tolong aku. Walaupun ada rasa nak nagis gak la sekejap… tapi keraskan hati. Aku cakap kat diri sendiri,’nanti lama-lama aku pun kena berdikari sendiri. So why not aku mulakan daripada sekarang’. Janji ada duit untuk bayar tambang Taxi balik Johor (gila punya idea) if terdesak dan handphone kat tangan untuk contact Abang aku or police. Go-go-go-you can do it, girl!.

Ahad petang yang damai… start-lah Operasi Roda-roda Kuala Lumpur. Daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku beli tiket (kakak ipar aku ajo beli pakai machine) dan turun KL Central… change train (ni paling aku tak suka) dan bila da sampai, tanya taxi untuk ke destinasi. Tanya gitu-gitu jek (tak naik pun). Balik semula-try swap kad Touch and Go for the first time ever. Jakun gitu! Aku rasalah kan setiap 10 minute aku mesti tengok peta tu kat Phone. Takut terbabas train punya pasal. Mesti diorang ingat aku gila, tapi aku peduli apa… janji aku pergi dan balik dengan selamat. So whatever.


Nasihat daripada pakar--- pada sesiapa yang nak turun KL: Don’t be so takut… map/ peta ini sangat membantu. Kalau korang ada sifat was-was yang terlampau. Pihak keselamatan/ pengurusan situ sedia berkhidmat. Jangan risau OK! Kalau salah naik train pun, korang boleh turun… dan patah balik naik train yang betul. 

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...