Search This Blog

Showing posts with label cerita KTM. Show all posts
Showing posts with label cerita KTM. Show all posts

Saturday, February 02, 2013

Ragam manusia di KTMB dan LRT.


 Assalamualaikum,
Mulai minggu ini, aku akan menunggang motorsikal daripada rumah ke TBS. Bravo, bravo… –sila tepuk tangan-. Tersangat la berdikarinya aku! Kemudian daripada TBS, aku akan naik KTMB ke Kepong. Naik cab then sampai la tempat kerja… Bertahan, bertahan!!!. Awal bulan March baru aku pindah ke perumahan berdekatan tempat kerja. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar hendaknya.

Ok. Sepanjang sebulan aku turun naik KTMB/ LRT (if aku duduk rumah kakak ipar di Taman Melati)… banyak benda yang aku boleh di gossipkan tentang ragam rakyat Malaysia nih. Hahhha… mungkin jugak korang adalah salah seorang daripada mereka… how’s know. Jangan malu jangan segan nak gelakkan diri sendiri sama-sama ae.

 I like all experienced that I’m going through. Can you image-- Every day you’ll meet a new people with good/ mysterious/ stylish attire. Not only that, his/her face also showing how their mood today!

Aku akan berhadapan dengan muka mengantuk (sleepy face) seseorang pada setiap pagi. Boleh di kata kan 2/10 orang rakyat Malaysia akan tidur di dalam KTMB… LRT pulak mungkin 8/10 orang. Sebab ketara adalah LRT sekejap aja (every five minute). So, orang sentiasa wake up their mind on that morning. Naya kalau terlepas! Cuba korang imagine yang bos korang tengok keadaan korang time tuh, surely dia akan geleng kepala lapan ratus kali.

 Satu benda yang ter-ter-sangat menarik untuk dikongsi adalah. Kalau you’all anak tahu, rakyat Malaysia sebenarnya rajin bersenam! (di awal pagi lak tu). Why-fakta ke auta nih?? Real fact is kalau pagi-pagi hari, korang akan perasan bahawasanya mereka akan rela menaiki tangga daripada escalator kat KL central. Hhahah… itu cerita pagi, petang pulak… ramai lebih rela naik eskelator daripada guna tangga… penat seharian kerja. Hahhaha… itulah ragam yang paling aku suka. Fakta, fakta… aku? Guna tangga gak. Kita serupa-kita serupa-kita seruppaaa… Oh, oh, oh…


Kalau orang Korea selalu action bab lari-lari, rakyat Malaysia ada gak scene ini. Terutama bila korang keluar train A, tiba-tiba train B dah sampai. Sanggup korang lari pecut macam si Bolt untuk kejar train tersebut. Silalah percaya! Segan? Tak yah nak segan la bab lari-lari coz ramai kot yang marathon bersama korang. Sebab itu aku suka pakai kasut sukan. Banyak kebaikannya daripada keburukan. One more thing, if driver train tu baik hati… dia akan tunggu. Nasib baik! Tapi, paling menggecewakan bila korang dah lari pecut 200 meter kaki kuda, tapi bila time nak turun tangga… train dah gerak. Ke-kecewaan sungguh! Rasa nak gigit-gigit jek landasan kereta api kat area situ.

Paling best bila lari-lari sampai masuk dalam train… terbabas ke tempat duduk penumpang. Admit. Aku pernah camtu, orang kedua last. Aku perempuan, belakang aku lelaki. Dia lagilah lari macam nak gila. Part paling bengong adalah aku terbabas time ruang di bahagian lelaki (hujung sekali kan coach lelaki). Terkejut beruang lelaki tuh… chooiii! Mesti dia ingat aku nak buat serangan seksual. Siap dia angkat kaki dan beg bagai. No adegan terjatuh or terpelok OK. Aku cepat-cepat say sorry dan berjalan tunduk ke ruang wanita. Pastu buat muka tak bersalah padahalnya… Malu-malu-malu!!!

Paling aku tak suka ialah kena berhimpit-himpit. Suasana macam ini, petang waktu ramai-ramai balik kerja la. Area pukul 4.30 petang sampai 8.00 malam- MasyaAllah, mengucap la banyak-banyak. Kalah sardine dalam tin. Kalau kena sebelah orang handsome super cair macam Siwon, penyanyi Super Junior bolehlah tersenyum sepanjang jalan. Tapi bila bangla berdiri sama sebelah hang, boleh sesak nafas nak menyedut oksigen! That’s why, pergilah ke site ladies only… sesame jenis, bersentuhan pun no worries. Wangi pun wangi… Kalau leleki sesat dalam tu, anggap jek la diorang ni lelaki dalam erti kata perempuan: PONDAN!


Satu perkara aku nak share is even korang dapat seat, orang lain akan tengok dengan be-rupa bengis dalam erti kata lain ‘blah la cepat sikit, aku nak duduk kat situ!’: scary gila kan. Reality dalam LRT (KTM tak sangat la)… aku kalau perjalanan jauh (dalam 5-6 stesen lagi), aku duduk jek sambil tidur-tidur ayam. Tapi kalau kejap jek-better berdiri la, mana tau ada yang lagi memerlukan tempat duduk. Paling sempoi, ada yang duduk kat lantai. Tu aku tabik, why not kan… no rules untuk menghalang selagi tak gangu ketenteraman awam. Kotor pun tak la teruk sangat, clear kot lantai train tu. Pekerja diorang cekap dalm bab mengemas nih.

Another story, bila korang berborak dalam train. Memang superb dengar la oleh semua orang. Dekat-dekat kot duduknya. Nak bergossip pun kena pandang-pandang la, kang kalau orang yang di ngata itu same train… perang mulut kot. Bebudak muda especially (macam aku dah tua), suka beborak kuat-kuat. Bising! Drama-drama-drama… cerita bajet macam nak bagi satu dunia tahu, choooiii… slow sikit sound boleh tak. Buat malu kaum sejenis jek la. Balik rumah cerita boleh tak? (kalaulah aku berani cakap camtu).

Okeylah… esok aku kena naik train lagi, kita tengok apa ragam yang terjadi nanti.
Chow-cincau-chow-out!

Wednesday, January 16, 2013

Pertama kali.


Assalamualikum.

Bila aku dapat jek tempat kat kawasan KL, benda first aku carik adalah ‘PETA’… bukan peta harta karun tapi peta public transport yang panjang-panjang tu. KTM/ LRT/ MONOREL… Yes, this is what I mean. Pergi kedai fast food terdekat, Mc Donald bersama Mak dan Ayah (repair keta dulu)… guna Wifi kat situ dan upload gambar ini:


Memang tersangat membantu. Biasa la majlis formal mesti start hari Isnin, so hari Sabtu pagi aku dah gerak ke Kuala Lumpur. Trimas kat Ayah yang topup kan Touch and Go-Rm 100.00 dan belanja tiket bus ++ Top up kredit card aku sekali... You’re the best dad ever-lah. Sambil makan roti coklat Gardenia, dan menikmati pemandangan yang mampu membuatkan aku terus ZZZZZzzzz selama empat jam setengah…

FYI, aku ni jenis malas nak susahkan orang… lagi-lagi kalau orang tu malas nak tolong aku. Walaupun ada rasa nak nagis gak la sekejap… tapi keraskan hati. Aku cakap kat diri sendiri,’nanti lama-lama aku pun kena berdikari sendiri. So why not aku mulakan daripada sekarang’. Janji ada duit untuk bayar tambang Taxi balik Johor (gila punya idea) if terdesak dan handphone kat tangan untuk contact Abang aku or police. Go-go-go-you can do it, girl!.

Ahad petang yang damai… start-lah Operasi Roda-roda Kuala Lumpur. Daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku beli tiket (kakak ipar aku ajo beli pakai machine) dan turun KL Central… change train (ni paling aku tak suka) dan bila da sampai, tanya taxi untuk ke destinasi. Tanya gitu-gitu jek (tak naik pun). Balik semula-try swap kad Touch and Go for the first time ever. Jakun gitu! Aku rasalah kan setiap 10 minute aku mesti tengok peta tu kat Phone. Takut terbabas train punya pasal. Mesti diorang ingat aku gila, tapi aku peduli apa… janji aku pergi dan balik dengan selamat. So whatever.


Nasihat daripada pakar--- pada sesiapa yang nak turun KL: Don’t be so takut… map/ peta ini sangat membantu. Kalau korang ada sifat was-was yang terlampau. Pihak keselamatan/ pengurusan situ sedia berkhidmat. Jangan risau OK! Kalau salah naik train pun, korang boleh turun… dan patah balik naik train yang betul. 

Friday, May 13, 2011

Pengalaman aku naik Keretapi Tanah Melayu.

Assalamualaikum.

Fuh, as you'all know-aku nih suka survive hidup sesorang (suka buat benda pelik-pelik actually). Then, biasa bila nak balik kampung--daripada Nilai bus stand aku menapak gi keretapi Nilai dan turun ke Seremban (RM 2.30). Daripada situ, aku jalan kaki gi Terminal Satu. Here we go, aku naik bus lagi gi Terminal Dua (haila). Finally, sampai saner--baru aku boleh beli tiket ke Johor dan naik bus kat saner sampai ke Larkin, Johor. Amacam?

So, bila aku tengok der laluan KTM ke Kulai. Aku pun try la. Hhhehe, antara impian aku yang suka buat benda pelik-pelik. Kuang, kuang, kuang...


See?
Tercapai gak impian gila aku. Huhuhu.. First time nek keretapi dalam perjalanan jauh. Ku sangkakan mentari sampai ke malam, tapi hujan  petir di tengahari. Schedule delay coz ada tanah runtuh di ....(aku pun malas nak mek tau). Down gila-gila ah mood aku time tuh. Ada la dalam empat jam aku aku kena tunggu. I repeat, four hours!!! Huhhu... seb bek aku tak bentang tilam jek kat stesen keretapi tuh. Bengang kot.

Ok, bila dah sampai--angin bayu senja pun kembali normal. Aku dapat tempat di sebelah modern Indian aunty. Say what, dia memang kaki keretapi (suka naik keretapi). Op kos dia cakap bagi warga emas--half price. Aiseh. Suker la tuh. Senyum memanjang la mak cik tuh. 

Perasaan aku still sangat teruja walaupun down jap tadi. Menarik kot. Suasana dalam keretapi yang too different dengan suasana dalam bus. Kita boleh gerak ke mana-mana sesuka hati. Ada tiolet (ok la), ada tempat makan (takut nak try--tak der kawan), tengok pemandangan kampung, rumput, rumah-rumah, suasana keretapi yang diorang stop jap waktu malam, riuh rendah orang ramai... Rsaer macam akt obersi pulak. Perasan!

Then, lastly sampai tertidur aku tunggu sampai. Guess what? Aku sampai dalam kol 1 pagi. Repeat, 1 am. Huhuhu... Then, my dad and my mum yang datang amek kat Kulai. Then, aku tak ingat apa-apa... zzZZZ...

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...