Search This Blog

Showing posts with label bab kahwin. Show all posts
Showing posts with label bab kahwin. Show all posts

Thursday, November 01, 2012

Boyfriend kau, pakwe kau-Idiot.


Assalamualaikum.

Setiap hari ada aja kes pasal remaja lari rumah ikut BF (boyfriend, pakwe), lahir anak luar nikah, pembuangan bayi macam buang anak patung dan lain-lain. Tapi, aku kerut dahi bila diorang sanggup letak 101% kepercayaan pada BF-seseorang lelaki yang mungkin kenal 3,4 bulan atau tahun sahaja.

Kenapa kau tak letak kepercayaan tu pada Allah-atas takdir jodoh kau nanti atau pada mak ayah yang dari dulu sampai sekarang bersama kau. Kenapa?

Kenapa kau sanggup titiskan air mata bila BF ko mintak putus? Kenapa tak kau titiskan air mata kerana kegagalan kau menjadi hamba Allah yang yang terbaik. Kenapa kau tak titiskan air mata atas kesalahan kau meyinggung perasaan mak ayah. Kenapa kerana lelaki itu kau snggup titiskan air mata yang berharga itu! - ‘Idiot.’

Apa lelaki tuh buat sampai dia mampu memiliki kepercayaan kau?

Ada BF kau bancuhkan susu masa kau terjaga dan merengek di awal pagi?
Ada BF kau bazirkan duit untuk beli pampers kau yang mahal ya amat tu?
Ada BF kau jaga siang malam sebab kau demam panas?
Ada BF kau keluarkan duit nak belikan kau mainan patung Barbie, yang popular time tuh?
Ada BF kau keluarkan duit bayar yuran sekolah daripada tadika sampai sekarang kau masuk universiti?
Ada BF kau makan roti 70sen masa makan tengahari sebab nak kumpul duit untuk masa depan kau?
Ada BF kau bangun pagi-pagi untuk siapkan sarapan sebelum kau pergi sekolah?
Ada BF kau menitis air mata atas kedegilan kau?
Ada BF kau membebel atas apa kesalahan yang kau buat?
Ada BF kau tebalkan muka jumpa orang ramai untuk penuhi permintaan tak masuk akal kau?
Ada BF kau nasihat panjang lebar walaupun kau duduk dalam bilik sambil pasang earphone?
Ada BF kau sanggup meredah banjir yang hampir meragut nyawanya di malam buta untuk pastikan keselamatan kau?
Ada BF kau sanggup menukar nyawanya untuk kau?
Akhir sekali, ada BF kau doakan keselamatan, kesejahteraan, kebahgiaan kau hari-hari selepas sembahyang?

Bukan setakat BF, malah suami kau jugak belum tentu mampu menandingi kehebatan, kewibawaan dan aura sepasang ibu dan ayah. Mungkin sebab itu, aku agak pelik bila bin ajib bila remaja kat luar sana terlalu mengagung-agungkan kehebatan BF memasing. Yang mungkin atau tidak itulah jodoh kau. Apa kelas. Nampak penuh kesengal-an adalah.

Bukan BF kau yang bekorban untuk kau-tapi DIRI KAU sendirik. Kau sedar tak wahai remaja kat luar sana. Jangan terlalu ikut nafsu sampai maruah diri, keluarga tergadai. Lebih penting, maruah kau terhadap Yang Esa-malu la weh.

Aku, bukan anti-lelaki (aku ada 2 abang, 1 adik lelaki)-aku ada kawan lelaki. Tetapi, aku sentiasa beringat. Allah penentunya dan mak ayah segalanya.

Bukan aku tak pernah ‘couple’/BF/pakwe nih-pernah, malah dengan pegawai politik Negara. Tapi, Allah Maha Besar, aku tak pernah terleka. Alhamdulillah. Bila dia ajak aku kahwin lepas SPM-masa tu baru aku tersedar.
Diakah lelaki yang akan membimbing aku lepas ini menujuMu?
Diakah lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja untukku/Mu?
Diakah lelaki itu? Dan akhirnya, aku putus.

Bila orang tanya, kenapa aku tak ‘couple’, BF lagi. Aku akan cakap, InsyaAllah bila seru dah sampai. Kenapa? Sebab aku rasa aku tak layak untuk sesiapa even pada pengemis tepi jalan. Sungguh!

 Ilmu agama pun tak se-gah mana. Sembahyang pun masih cuba yang terbaik-sangat terbaik. Kecantikan pun biasa aja. Kepandaian memasak pun, ehem. Kematangan-apatah lagi, sangat jauh untuk dibandingkan. Kekayaan lagilah. Aku tak sesempurna mana. Sebab itu, aku takut-tak yakin untuk ber-BF/couple lagi. Sebab Allah pernah bertitah:
‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik’.

Aku harap se-sangat kearah itu (perempuan baik-sangat terbaik). Yelah, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Berserah, tapi mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Balik topik asal-berubah la bagi yang termampu. Berjuanglah bagi yang terdaya. Aku hanya mampu berdoa kerana aku juga hamba Allah yang masih berperang kejalan-Nya

Saturday, January 28, 2012

Bila ex-classmate aku dulu dah kahwin.

Assalamualaikum.


Hah, propa-propa-propa-la-sangat. Muka aku sesuci salji cam kat atas nih. Walaupun aku harap ianya menjadi kenyataan, sebenarnya. Tetapi, der gak sebijik dua jerawat gak nak nyebok display kat muka aku dan berjaya di sembunyikan dengan bantuan Photoscape. Mekasihlah. 

Okeh, actually aku pakai baju kurung polkadot tuh untuk gi kenduri kahwin kawan aku masa time form 4, 5... Congratulation buat empunya badan. Aku pun tak sempat nak mek gambor ngan pengantin. Hehehe.. gambor aku adalah. Huhui. 

So, masa gi saner. Aku rempit ngan cik Liha gi rumah pengantin. Hujan gerimis sikit-sikit la time tuh. Takpe, demi kawan-aku datang gak. So, masa sampai jek-teruih jumpa empunya majlis dan wallah. Ramainya bebudak ex-classmate aku yang aku jumpa. Budak kelas sebelah pun ada la. Suka-suka-suka. Then, berbual, berbual. 

Kitaorang chit, chat dan update diri memasing sampailah waktu pengantin sanding. Pas sanding, apa lagi- makan time. Nasi minyak! Sodap-sodap. Aku makan berdua aja ngan cik Liha. 

Cik Liha pun sempat la update pasal diri dan family dia. Inalillah-arwah ayah dia baru jek meninggal beberape minggu lepas time tuh. Aku pun tak sempat hadir kenduri tahlil. Then, pas makan. Family aku kol soh balik coz kitaorang kena gi rumah kat Pasir gudang (mengemas la tuh). 

So, mintak diri kat kengkawan (dah besor-besor semuanya dah). Pasnih, turn saper pulak. Hahhaha..
Amin.

Thursday, May 26, 2011

Biler bab kahwin jadi masalah negara.>>>>>

23/05/2011 2:14pm
KUCHING - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini. - Bernama

Apabila cik Mira menyatakan hasrat nak bertunang 26 June ni, kecoh!! Waaaa, tahniah yek cik Mira (jodoh da sampai). Ikat dua tahun kan. Selepas nie sapa plak yang akan menyusul??? cik ekin? cik rehan? ker cik farihah? wat yang len-len:
-cik linda
-cik kak nisa
-cik zaty
-cik eca
-cik diba
-cik dayah
Kener tunggu la yek (putarea raja dari kayangan),  coz kita semua ni pun tak tahu biler jodoh nak sampai??? Calon pun tarak der (iya ka?) ..sob..sob..sob..tapi tak la se-desprate mana kan, except cik zaty. ahahahhaha (joke only).....

Kalau citer bab kahwin mengahwini nie 10 hari pun tak cukup. Kena tujuh puluh tujuh hari-tujuh puluh lapan malam. Ala-ala orang kahwin yang terover gitu. Meriah mak ngah. Ye la, banyak benda nak kena pikir. Yang belanjanyer lain, yang tempahan baju lagi, yang nak uruskan makan minum tetamu, hantaran, ni baru hal tunang belum bab akad nikah smua, pening-pening?? And  its all about money, time and place...huhu.. Kalo future husband korang kaya maya ala-ala:

-CARLOS SLIM HELU, Mexico
-BILL GATES, Amerika Syarikat
-WARREN BUFFETT,Amerika Syarikat
-MUKESH AMBANI,India

Gila kentang! Kalo camne,baru la korang boleh goyang kaki sambil makan potato chips. Enjoykan hidupmu ngan gi window shopping jek la. Dahsyat-dahsyat!!! Hidup bagaikan terbang di udara--melayang-layang.

Tapi biler bab "korang nak future husband yang camner??" . Kemain panjang list nyer, lagi gempak dari perbentangan Rancangan Malaysia k-10 (RMK) ....waaaaaaa.....contohnyer la kan:

-kalo boleh biarlah beragama Islam. ni paling penting.
-der ruper, kalo boleh ala-ala Ashraf Muslim (ni kak nisa punyer).
-poket penuh. Hahahhah, habis kena kikis jap gi. Kesian...
-Ader keta. Senang sikit nak gerak. Tapi keta bukan nak yang biaser, tapi punyalah high..




  • Audi





  • BMW





  • Mercedes-Benz





  • Porsche





  • Alfa Romeo





  • Ferrari





  • Lamborghini


  • -Ader rumah, rumah mahal sekarang ni, as a precaution in asset. Rumah kalo boleh nak se-beso zoo negara..hampeh!
    -etc

    ..........................semuanyer............................
    Tak boleh blah!!!!!...sungguh tinggi cita-cita mu anak muda.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Alahai hidup--maner den nak cekau makhluk Tuhan yang sesempurna begini???? Cerok maner diorang semua ni tinggal.

    Tapi kata orang- tak bek mengeluh.....

    "JODOH DAN PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN".

    Lagi satu--kata orang  kalo korang sayang sampai terbelah bumi, couple sampai 1000 tahun pun tapi kalaulah si dia itu bukan jodoh korang pun tarak der maknenyer. Betoi tak?? berserah jek la. Yang penting---kita hanyalah merancang, Tuhan yangg menentukan. So, kita enjoy!




    End of 2023

     Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...