Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Cara pemilihan baju yang sesuai


Assalamualaikum.
Hujung tahun lepas, aku sempat gegar gedung Jakel kat area JB nih. So, murah la gak kain-kain pasang yang di tawarkan… SALE-SALE-SALE- nak buat perabis stoke akhir tahun. Biasa la, nafsu berbelanja ni pantang ada orang sebut jualan murah… memang terasa duit pun cam murah la sangat! Kayakan pak cik kedai tu, kayakan dia…

Aku pun beli la enam pasang kain… RM 100.00 semua sekali. Pastu sebelum naik keta, aku tiba-tiba teringat yang aku dah beli kain pasang gak tiga masa awal November lalu. Apa kes??? Akukah yang salah? Huisshhh… takper, baju kurung nih… mak aku yang jahit. Aku bagi extra marks kat diri sendiri coz bagi ruang dalam lapan bulan lamanya untuk mak aku menjahit ini semua. Hahhahah… meriah-meriah-meriah Raya tahun ini. Saper yang nanti rasanya tak sempat nak beli, boleh pinjam aku punya baju kurung-FOC.

Dalam dok merayau-rayau, aku terpikat kat patung yang berbalut baju gini:



Cantikkan… nanti aku soh mak aku buat la. Hahhaha… bergaya-bergaya-bergaya. Aku tempah gak kat mak aku baju Peplum. Kadang-kadang terasa mendera mak sendiri pulak soh buat itu ini… tapi takper, mak aku tak de la nanti rasa boring dok sesorang kat rumah. Ada la benda yang boleh dia buat… daripada layan Tv sinetron Indonesia petang-petang sambil kunyah kerepek. At least aku bagi idea bernas lagi bermanfaat ini. Baikkah aku???

P/s-jangan di buatnya tersadai using semua kain pasang aku itu udahlah… 

Sunday, January 27, 2013

Realiti sebenar Teksi/ taxi di Malaysia


Assalamualaikum.
*Keseluruhan cerita ini adalah berdasarkan antara aku dan realitinya taxi/ teksi di Malaysia. Mungkin ada kalanya sampai ada unsur menghina, mengeji atau mengutuk-Harap maaf.

Teksi,
First time aku datang Kuala Lumpur, aku kena pergi induction time for three days kat Subang Jaya. Pepagi hari aku dah naik KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) dan sampai pukul 7.40 am. Aku terus ke taxi stand berdekatan situ dan naik la,RM5.00 (event tu start pukul 8.00am). Balik, naik bus (kawan baru aku cakap naik bus murah) RM1.00… Esoknya aku lambat sampai, aku pun tak sempat nak naik bus-tahan la taxi. You know what, uncle tu nak charge aku RM10.00 (double). Uncle, are you c.a.r.a.z.y??? Agak-agak la. Aku jalan sikit dan try tahan taxi tepi jalan besar, RM8.00 (still OK la). Balik, as usual-aku naik bus. Esoknya, aku naik bus pergi dan balik.

One more thing yang aku nak kongsi adalah mungkin dulu atas pengalaman berhadapan para taxi di Johor Bahru, so no big impact la bila aku datang KL nih. Biasa la,kadang-kadang  diorang sesuker ati nak demand bagai KL nih mengalahkan kota New York gamaknya. Diorang ingat gaji aku sama ngan Bill Gates agaknya. Charge harga melambung daripada sepatutnya. Sign kat pintu kereta warna merah putih tertulis kata ikut meter dan no bargain-tapi reality? No comment.

Teksi,
Lepas gi Subang Jaya, aku kena gi Shah Alam pulak. Nih lagilah, gila survive tunggang terbalik hidup aku. Dengan keselambaan gaya macam no sense of human. Aku turun train di Batu Tiga dan naik taxi ke Bandar Baru Hicom. Coz aku dah lambat! Class started at 8.00 am, and aku still on the way dalam taxi lagi bila jarum jam menunjukkan kol 8.40 am. This all because suddenly train down kat Angkasapuri. OMG… my first class, aku dah terlambat masuk. Caj oleh pemandu taxi adalah-Rm10.00. Aku pun tak kesah janji sampai. Sampai simpang nak ‘U’ turn, aku dah siap paid kat uncle Malay tu, because keluar taxi aku dah get ready to run sepantas yang boleh. Guess what, aku masuk kelas-Chinese represented tu dah siap and nak siap pack nak balik dah. Aku just can angkat tangan and say Hai and said “Sorry, I’m late”…

Tengahari tu pulak aku WAJIB pergi ke bank CIMB (kat dalam Court Mammoth) untuk bukak buku. Adoiii… aku pun try la mintak nombor taxi kat bebudak situ. Guess what? Uncle India tu nak charge aku RM15.00!!! Wallaweh, tempat aku ke bank tu bukan jauh sangat (kata diorang jalan kaki pun dekat sebenarnya, tapi aku bukan tahu jalannya + panas sangat). Lastly, aku gi ke bahagian receptionist dan tanya nombor uncle taxi. I got only ONE yang dapat di contact—Indian jugak. Pergi balik (coz uncle tu rajin nak tunggu aku siap semua), RM 8.00—tapi, aku bagi RM 15.00 kat uncle itu. Rezeki dia la… Balik, abang aku amik. Jimat duit!

Teksi,
Bila aku bercerita mengenai teksi, aku akan assume (first impression) yang seorang pemandu teksi itu tahu selok belok tempat tersebut. Dan mood aku akan tetiba ‘down’ bila dia cakap,
“Pak cik tak tahu sangat jalan kat sini.”

Orait, itu okeh lagi bila pak cik tu JUJUR. I like that. Tapi, vice versa happens to me bila masa aku turun daripada Kepong Central masa awal Januari lalu. Aku time tu pulak first time datang sana (department first reporting on that day).

“Pak cik tak tahu sangat jalan kat sini, tapi pak cik tahu jalan yang cik cakap tu.”
“Betul ke ni? Kalau tak boleh saya naik taxi lain.”
“Betul, betul. Biar pak cik hantar.”
And the rest is history, pak cik tu pusing mana-mana, meter pun tik-tik-tik… Please, I don’t want do the stroll la uncle!!! Huh, nasib baik aku ada someone phone number, tanya my friend the real place it is and selamat sampai finally. Alhamdulillah.
Surely, I hope yang aku tak akan jumpa pak cik tu lagi. TRIPLE daripada anggaran jalan yang sebenar. Sigh!

Pada aku diorang pun nak carik rezeki jugak. Tapi, it’s up to them la nak carik rezeki dengan cara bagaimana. Itu urusan mereka dengan Pencipta-Nya. Op kos, charge harga sampai menimbulkan rasa amarah, ditipu, dan dikutuk oleh orang lain. Another side, sampai ada yang jatuh phobia versi allergic dengan menatang Taxi nih. Seriously!

Pendapat aku pulak--bukan nak cakap la yang aku nih terlampau baik, angel in the other side. Tapi bila aku naik taxi (in a good mood and received good service), aku akan cuba bagi tips lebih. Rezeki Allah, berkongsilah selagi mampu kerana memberi adalah lebih baik daripada menerima. Ada masa, pernah sekali charge meter tunjuk RM11.00, aku bagi RM20.00… Aku bukan apa, uncle itu baik, bekerjasama handling dapatkan pass masuk dan professional… (masa kau nak bagi duit tambang pun dia terkejut sesangat dan say thank you tak habis-habis). Aku hanya mampu tersenyum, rezeki lebih untuk anak-anak dia la...


 Mungkin aku patut bagi four thumbs up untuk taxi di Kepong (not Kepong Central). Sepanjang aku ulang alik tiga minggu nih (daripada KTMB Kepong ke tempat kerja). Everything going smooth and well. Mereka charge mengikut meter, peramah dan professional.
Taxi bersih dan I like them all… 

Sekian ceritanya…
Pengalaman “Aku, Uncle Taxi dan Tambang Taxi”.

Wednesday, January 23, 2013

Cik Ziqa in black and white



What do you think about this gurl???

DIABETIC: Kenapa kena potong kaki?

Assalamualaikum.

Daripada pendedahan/ perbincangan terhadap penyakit kencing manis (diabetes mellitus).
Aku telah menerima banyak feedback tentang tajuk ini.
Aku suka…
Kerana daripada sini, aku tahu yang rakyat Malaysia sangat care tentang bab ini.Bagus la tu kan…  Aku dapat gak link untuk ‘kenapa orang kencing manis, berkait rapat dengan memotong kaki?.
OK.
Dengan semangat jiwa raga yang berkobar-kobar… aku ingin meneyelesaikan masalah tersebut (menurut pandangan akau la)… dan itulah tajuk entry untuk kali ini.
Sila baca-sila baca-sila baca-sila baca, jika berminat.


Swap… ianya sangat mudah untuk di jelaskan…
Berbalik semula pada segi sains perubatan, kencing manis adalah ketidak normalan/ masalah dalam penghasilan insulin (daripada pankrease). Stop sini:

Let’s say yang En. A suka ambil gula lapan senduk sehari... Melampau gila la kan.
Jadi, lama-kelamaan kandungan gula dalam badan adalah sangat tinggi.
Time nih diabetic/ kencing manis dah mai dah.
Risikonya: darah akan menjadi pekat dan likat lagi berat (ayat kampungnya).

Bila ini terjadi, En. A akan mengalami ganguan gula dalam badan daripada keadaan normalnya. So, si pankrease ini pun try harder untuk kembalikan ke-normalan-itu.
Bila tak berhasil… ini akan mengganggu system peredaran darah (circulation system) ke seluruh badan.
Maka, terjadilah: kidney failure stage one… (tahap penapisan yang tersangat kureng baik)… heart atherosclerosis, coronary artery (masalah jantung)… darah tinggi, mata problem… stroke.
Padah gila gula!

So, dengan permasalahan yang dialami oleh En. A…
System sarafnya (nerves system) juga mengalami benda yang sama.
Sampai keadaannya dah tak dapat dikawal, saraf boleh mati dan menyebabkan kaki terasa kebas (tiada tunas rasa), dan kaki menjadi hitam (Gangrene, peripheral vascular atherosclerosis).

Macam pokok yang akarnya (saraf utama) telah dipotong, pokok itu akan layu dan mati.
Fakta itu sendiri: istilah sains menyebut potong kaki dikenali sebagai amputation (nice to know).

Kenapa kita kena potong kaki tersebut? Kalau tak buang tak boleh ker?
Actually: jika kita tak potong… benda ini akan spread dan merosakkan saraf-saraf yang baik terpelihara berdekatan situ. Then, untuk menghalang keadaan itu terjadi dan menjadi lebih terok seluruh badan… kenalah buang mana yang dah tak elok itu kan.

Bila bab ini, aku teringat teka teki semut.

*Semut memang makan gula (tak taulah if korang pernah nampak semut makan rumput join lembu), dia hitam (gangrene tahap kronik)… tapi dia tak pulak de kena potong kaki. Ramai-ramai masuk hospital sebab stroke satu badan. Tak dengor lagi kan… Kenapa?
*Siapa pengkaji semut sila jawab soalan hamba ini.

Swap balik tajuk asal… sebenarnya, kita bukan hanya fokus kepada bahagian kaki sahaja… tangan pun boleh jadi gak. 
Tetapi sebenarnya adalah ke-ko-fokus-an utama adalah untuk mengelakkan luka/ sebarang kecederaan pada mana-mana bahagian badan.
Ini kerana teramatlah sukar nak kawal gula (I knew it Malaysia!)… andai ter-jadinya luka, walaupun sekecik lalat… proses baik pulih tisu kulit adalah amat lambat.
So, take care of your own kaki OK (terutamanya).

Seperti yang di ura-urakan dalam iklan Tv: Lebihkan manis dalam senyuman dan kurangkan manis dalam makanan. Ader paham?

Sweet thing will make you smile, but it’ll kill you inside also. Think again.

P/s—Esok, Cik Ziqa dan family datang KL!!!! Tak sabor nak jumpa cik Ziqa yang comel tu. Aku nak makan, nak main permainan Alia, nak ketawa, nak baca buku, nak tidur sama-sama dengan dia. Missed her so much.

Friday, January 18, 2013

Cara membuat Kek Batik paling ringkas.


Assalamualaikum.

Semalam petang, sebenarnya aku suka bab masak-mask nih. Kalau ‘menjadi’, aku lagi suka sangat… atapi kalau tak jadi: aku masuk bilik dan terus tidur. Chooiii. So, aku berkesempatan untuk membuat Kek Batik (sebenarnya ini adalah pertama kali mencubanya). Angin boo-boo mana ntah membelai jiwa hingga mencipta jiwa ini berkobar-kobar untuk, “Ya, I can do it!”. Jadi, ikutkan nafsu memanglah nak makan kek segala…so, mari kita try and error.

Dulu masa belajor kat kolej,ada gak kengkawan buat—tapi, tolong TENGOK jek la…. Rugi, tak mintak resepi! Kakak aku pun ada buat gak buat, tapi aku tolong MAKAN aja… sekarang, aku kena berusaha sendirik. Op kos aku yakin, aku mampu…
*aku dah set, kalau tak jadik aku hidangkan je kat kucing bertompok bekas rumah jiran sebelah yang selalu menyendeng nak mintak makan tuh. You deserve for something better than whiskies, cat… dua tanduk tajam sudah muncul.

Then, aku pun mulalah men-skodeng cabinet yang ada untuk mencari bahan-bahan untuk membuat kek Batik. Dan wallah! Dengan lafaz Bismillah aku pun mula la ketang-ketung-ketang-ketekung kat dapur. Dalam tak sampai 15 minit, here I show you all.


Hah, amacam…??? Ada gaya Chef SS (syok sendiri) tak?

Tapi, banyak benda la aku nak komen…(pantang larang buat kek batik) ini:
1-kena guna api yang kecil… kalau tak hangus…hanget…rentung!
2-mentega/butter… mana-mana boleh di guna pakai.
3-kalau korang jenis tak kuat manis, jangan letak gula dan susu berlebihan.
4-kacau selalu… biar sebati sejiwa semua bahannya.
5-bila nak masukkan biskut Marie dalam kuali, pastikan bekas kaca dah ready untuk bahagian mampatan. Kalau tak jadilah kelam kabut macam aku.
6-kenapa kau guna bekas kaca? Coz ianya memang sesuai dalam proses mapat-memapat ini dengan senduk kayu tuh. Loyang? Boleh kot…
7-bahagian atas aku tuh, keras gila… macam milo cracker kot…fail! Seb baik dalamnya lembut macam kek span. Bravo-bravo…
8-ada yang guna telur… tapi, aku tak letak coz aku tak suka letak la…(apa function dia ek?) aku takut kek aku jadi scrumble egg Marie jek nanti.
9-aku tak letak dalam peti ais, tapi dalam suhu bilik aja. Aku tak suka nanti makan rasa “melekit!”.

So, gitulah tingkah bayangan serta sedikit nasihat aku dalam membuat kek Batik. Aku bukan pro mana… jadi, aku rasa ini yang pertama dan terakhir aku buat. Sebab? Aku jenis orang yang suka makan jek.
Sekian, terima kasih!
*Poor you cat, tak jadi nak bagi kau makan. Kucing mana boleh makan manis, nanti kena diabetic. Potong kaki…Siapa nak jawab kat anak bini dia?

P/s- Alia Qistina dapat adik lelaki semalam-Adam Haris Muhammad Ibrahim. Panggil Adam/ Haris… Tahniah-tahniah-tahniah!

Wednesday, January 16, 2013

Pertama kali.


Assalamualikum.

Bila aku dapat jek tempat kat kawasan KL, benda first aku carik adalah ‘PETA’… bukan peta harta karun tapi peta public transport yang panjang-panjang tu. KTM/ LRT/ MONOREL… Yes, this is what I mean. Pergi kedai fast food terdekat, Mc Donald bersama Mak dan Ayah (repair keta dulu)… guna Wifi kat situ dan upload gambar ini:


Memang tersangat membantu. Biasa la majlis formal mesti start hari Isnin, so hari Sabtu pagi aku dah gerak ke Kuala Lumpur. Trimas kat Ayah yang topup kan Touch and Go-Rm 100.00 dan belanja tiket bus ++ Top up kredit card aku sekali... You’re the best dad ever-lah. Sambil makan roti coklat Gardenia, dan menikmati pemandangan yang mampu membuatkan aku terus ZZZZZzzzz selama empat jam setengah…

FYI, aku ni jenis malas nak susahkan orang… lagi-lagi kalau orang tu malas nak tolong aku. Walaupun ada rasa nak nagis gak la sekejap… tapi keraskan hati. Aku cakap kat diri sendiri,’nanti lama-lama aku pun kena berdikari sendiri. So why not aku mulakan daripada sekarang’. Janji ada duit untuk bayar tambang Taxi balik Johor (gila punya idea) if terdesak dan handphone kat tangan untuk contact Abang aku or police. Go-go-go-you can do it, girl!.

Ahad petang yang damai… start-lah Operasi Roda-roda Kuala Lumpur. Daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku beli tiket (kakak ipar aku ajo beli pakai machine) dan turun KL Central… change train (ni paling aku tak suka) dan bila da sampai, tanya taxi untuk ke destinasi. Tanya gitu-gitu jek (tak naik pun). Balik semula-try swap kad Touch and Go for the first time ever. Jakun gitu! Aku rasalah kan setiap 10 minute aku mesti tengok peta tu kat Phone. Takut terbabas train punya pasal. Mesti diorang ingat aku gila, tapi aku peduli apa… janji aku pergi dan balik dengan selamat. So whatever.


Nasihat daripada pakar--- pada sesiapa yang nak turun KL: Don’t be so takut… map/ peta ini sangat membantu. Kalau korang ada sifat was-was yang terlampau. Pihak keselamatan/ pengurusan situ sedia berkhidmat. Jangan risau OK! Kalau salah naik train pun, korang boleh turun… dan patah balik naik train yang betul. 

Friday, January 04, 2013

ME: 2013, new company!

Hi,

Movies Archives - Page 47 of 52 - CQ

This is 2013, happy new year everyone-although I'm late 4 days. Anyhow, this coming 360 days for 2013 will be a new day, new year and new goal. For me, some of my goals, already be carry forward in this year. Çause I still want to chase them. Better be prepare to raise up your voice and be tough no matter what. Always be happy and pray for the best in you. 

Last 24th December, I already resign from from my work at the clinic. I want the better company and experiences. Thanks to the doctor and the team, also the last year bonuses too. And, I also moved from Johor Bahru to Kuala Lumpur. I stayed at my brother house, and took a train to go to work. This week, Monday, is my first work day for a new company. Wish me well please.

Alright, bubbye!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...